Kandungan Nutrien Kaedah Natural Farming (NF)

0 Comments

Kandungan nutrien dalam bahan bahan baja dan penghindar perosak dan penyakit kaedah Natural Farming oleh Nurwahidah Hambali.

MOL Kangkung (FPJ)

  • Jenis tanaman yang tumbuh dengan cepat,
  • Gibberellin, auxin and cytokinin - hormon ransang pertumbuhan,
  • Ambil hujung kangkong, cincang dan campur dengan gula merah pada kadar 1:1, peram selama 7 hari
  • Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.

MOL Buah Pisang (FFJ)

  • Disembur kepada tanaman pada peringkat hendak berbunga,
  • Mengandungi K tinggi,
  • Memacu pembungaan dan pembuahan tanaman,
  • Tingkat kualiti buah,
  • Makanan supplement ternakan.
  • Beli buah pisang terlebih masak pada harga murah, potong dan campur dengan gula merah pada nisbah 1:1 dan peram selama 7 hari

MOL Sisa Ikan (FAA)

  • Sumber N yang baik untuk tanaman,
  • Memacu pertumbuhan awal tanaman,
  • Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
  • Sisa buangan ikan yang sega, ikan yang murah, dipotong-potong kecil dan dicampur dengan gula merah pada kadar 1:1 dan diperam selama sebulan.

MOL Kulit Telur (Ca.P)

  • Calcium carbonate, P, Mg, trace Na, K, Zn, Mn, Fe, Cu,
  • Sembur/siram semasa mula berbunga,
  • Putik buah lekat ditangkai & tingkat kualiti buah.
  • Kulit telur ayam atau burung, digoreng/dibakar sehingga kuning keperangan dan direndam bersama cuka asli/nipah selama 1 bulan

MOL Tulang (P.Ca)

  • Tulang dibakar hingga putih dan direndam dengan cuka asli/nipah selama 1 bulan
  • Phosphoric acid,
  • Untuk pertumbuhan yang baik,
  • Sembur pokok muda hingga hendak berbunga,
  • Meransang pembungaan,
  • Tingkat hasil tanaman.
  • Sembur/siram

Kandungan Air Laut

  • Mengandungi sodium, mineral & micronutrient.
  • Meransang metabolisme tumbuhan,
  • Pokok jadi kuat melawan penyakit,
  • Buah jadi lebih manis.

OHN -Kawalan Tanaman

  • Penghindar serangga perosak,
  • Kawalan penyakit bakteria & kulat.
  • Kamcui:Tongkui:Kulit kayu manis:Bawang putih:Halia
  • Kombinasi pada kadar 2:1:1:1:1
  • Menjaga kesihatan pokok disemua peringkat pertumbuhan.

OHN Bawang Putih

  • Penghindar serangga perosak,
  • Mengandungi antibiotik & antifungal allicin dalam bawang putih segar,
  • Melawan bacteria, virus, kulat, parasit,
  • Sembur pokok / siram ke tanah.
  • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.

OHN Halia

  • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
  • Essential oil sesquiterpenes, Capsaicin menghindar serangga perosak,
  • Anti-bakteria & anti-fungal,
  • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.

OHN Kulit Kayu Manis

  • Mengandungi coumarin,
  • Antiseptik – antibakteria, anti-fungal,

OHN Tong Kui (Angelica acutiloba)

  • Guna bahagian akar,
  • Mengandungi coumarin,
  • Pahit,
  • Anti-bakteria.

OHN Kam Cui (Glycyrrhiza uralensis )

  • Akar, Rasa manis 50x gula,
  • Mengandungi glycyrrhizin,
  • Anti-bakteria

Cuka Nira

  • Anti-fungal – powdery mildew, dll.
  • Matikan rumput muda.

Membuat Cuka Beras

Cara membuat cuka beras bagi menggantikan cuka nipah atau cuka yang terdapat di kedai.

  • Dedak beras campur dengan beras hancur pada kadar 1;1. Kukus dan sejukkan
  • Tambah ragi dan simpan selama 2 hari
  • Tambah air 85% dari jumlah nasi tadi
  • Selepas 2 hari ada buih dan bau manis
  • Selepas 5 hari alkohol terbentuk
  • Selepas 10 hari jadilah cuka

Disediakan Oleh Nurwahidah Hambali di 1 MALAYSIA FERTIGATION GROUP