0 Comments

Tanaman Atas Tanah Secara Konvensional - Masalah dan Rawatan Penyelesaian

Memang tidak dapat dinafikan, pertanian secara konvensional bermedia tanah mempunyai banyak masalah dan petani perlu selesaikannya terlebih dahulu untuk memastikan kejayaan projek. Adakah sebenarnya kita telah tersalah anggap terhadap sistem penanaman atas tanah (konvensional)? Adakah sebenarnya masalah tanah yang sering kita dengar itu tiada penyelesaiannya lalu kita mengambil jalan mudah dan beralih kepada sistem fertigasi sepenuhnya? Satu kajian, pemikiran dan penafsiran semula tentang sistem konvensional perlu dilakukan semula dengan bersungguh-sungguh.

Jika tidak, petani akan terpaksa mengeluarkan modal yang lebih besar dan mengabaikan potensi sebenar pertanian secara konvensional yang lebih "organik". Mengambil contoh (kos), media yang paling sesuai bagi sistem fertigasi ialah sabut halus (cocopeat). Harga media ini semakin hari semakin meningkat kerana permintaan yang tinggi dan bekalan yang semakin kurang. Untuk satu pokok (cili), harga media ini telah mencecah sehingga RM1 (1 polibeg). Kemungkinan, harganya akan naik lagi tidak dapat ditolak. 

Dengan teknologi dan perkembangan pesat industri penyelidikan, pengkajian tentang penanaman secara organik, penggunaan mikrob baik (BM - Beneficial Microbes), EM dan sebagainya pasti dapat menyelesaikan banyak masalah.

Berbanding media sabut (cocopeat), tanah adalah lebih murah terutamanya jika tidak menggunakan polibeg. Tanam terus di atas batas (tanah) dapat menjimatkan kos media (sabut atau sekam menggantikan tanah), kos polibeg dan mengisi termasuk kos upah bagi kerja pengendalian yang lain.

Satu analisa kos sepatutnya dijalankan, dibentang dan dibincang dengan ilmiah.  Kami akan usahakan pengumpulan data dan maklumat tentang kos yang terbabit dalam bentuk jadual perbandingan dengan sistem fertigasi. Kepada yang sedang menjalankan atau merancang pertanian secara konvensional (tanam atas tanah), harap dapat berkongsi maklumat dengan kami.

Mengenal Pasti Masalah Tanam Terus Di Atas Tanah

1 - Masalah Kesesuaian Tanah

Setiap pokok atau tumbuhan memerlukan keadaan fizikal tanah yang berbeza untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil yang optimum. Oleh yang demikian, jenis tanah mestilah sesuai dengan jenis tumbuhan yang ingin ditanam. Ciri penting untuk tumbuhan hidup sihat ialah tahap pegangan air dan keporosan bagi tujuan pengedaran udara yang baik. (Nota: Sistem fertigasi berjaya mengatasi masalah ini dengan berkesan). Namun begitu, kaedah pemulihan tanah juga boleh menyelesaikan masalah ini.

Antara jenis dan sifat tanah ialah:

  • Tanah Liat (keterangan?)
  • Tanah Liat Berpasir (keterangan?)
  • Loom (keterangan?)
  • Tanah Liat Beroganik (keterangan?)
  • Bris (keterangan?)
  • Gambut (keterangan?)

Kaedah Pemulihan Tanah
(akan ditambah) Tanah liat perlu dicampur bahan organik seperti kompos dan sedikit pasir, campuran bahan kompos akan membaiki saliran dan edaran uadra serta pegangan air.

2 - Kandungan Unsur Semula Jadi

Tanah terlalu berkarbonat, tanah tinggi ferum, tanah berasid, tanah beralkali dan lain lain kondisi yang keterlaluan memerlukan rawatan dan pemulihan sifat dan struktur tanah tersebut. Jika tanah masam (berasid), kapur perlu digunakan, jika terlalu beralkali sulfur atau belerang perlu ditambah. 

3 - Penyakit dan Pathogen

Tanah kebiasaannya mengandungi banyak pathogen yang menjadi punca penyakit pokok. Ini adalah benar dan penyelesaiannya ialah perawatan tanah. Tanah boleh dirawat dengan kaedah mikrob baik (BM - Beneficial Microbes), bakteria dan fungus. Jika ianya dipraktikkan, tindakbalas microb akan menolong serapan nutrien dan meningkatkan ketahanan (sistem imuniti) pokok melawan penyakit secara semula jadi. Secara amnya, masalah itu penyakit dan pathogen boleh diatasi.

Penanaman terus di atas batas tanah adalah lebih baik dari "soilless media" kerana kebiasaannya pokok akan mengeluarkan hasil untuk tempoh yang lebih panjang. Contohnya, pokok cili boleh mengeluarkan hasil melebihi setahun. Ini bergantung atas penjagaan dan pembajaan selain faktor perawatan yang disebut di atas. 


Nota Tambahan

Pathogen merupakan apa-apa microorganism atau organism (termasuk bakteria, virus dan fungus) yang menyebabkan berlakunya sesuatu penyakit. Pathogen lebih merupakan kepada satu istilah, bukan benda hidup.

Virus merupakan satu mikroorganisma ringkas yang hanya mempunyai nukleus dan hanya dilindungi oleh membrane protein. Harus diingatkan, virus bukan sejenis sel kerana virus tidak mempunyai sebarang organel.

Parasit pula merupakan sejenis hidupan mikro yang terdiri sama ada dari kumpulan  bakteria, virus ataupun hidupan yang boleh dilihat dengan mata kasar yang mendiami satu hos dan memberikan mudarat kepadanya.

Bakteria pula merupakan kumpulan dalam organisma prokaryot (yang mempunyai struktur ringkas) bersama-sama dengan kumpulan Rickettsidae, Mycoplasma dan Chylamidae. Bakteria membiak melalui proses “binary fission” iaitu pemisahan daripada satu kepada dua. Bakteria pula terbahagi kepada dua iaitu Bakteria Baik dan Bakteria Jahat.